Salam sejahtera,
Setelah lebih dua tahun tamat belajar di UUM dalam bidang iT.
Pelbagai pengalaman ditempuhi.
Sekarang tercari-cari masa hadapan.
Merangka kehidupan untuk hari tua dan seterusnya hari akhirat.
Jalan mana patut dilalui?
Langkah mana patut didahulukan?
Usia kian meningkat.
Kian genap 26 tahun berpijak di bumi Allah.
Bakti apa yang telah berjasa?
Menjadi saham akhirat kelak?
Nurul Iman menginjak dewasa.
Membesar dihadapan mata.
Hati dekat dan berserah padaNya.
Doa jibril ceria mainan telinga.
Moga dilindungi Allah sentiasa hendakNya.
Hidup aku, isteriku, zuriat keturunanku, ahli keluargaku, segalanya pinjaman Pencipta semata.
Untuk menguji ketaqwaan hamba pada Tuhan Nya.
Kelak kita akan kembali.
Mengikut nama panggillan "hamba yang Soleh" disisi Nya.
Amin ya rabbal a'lamin.
Catatan ptg ahad 17 july 2016
Nazri - puncak alam.
No comments:
Post a Comment